maaf

.
.
bilamana sedikit silap terjadi
hanya itu yang di lihat
tertutup segala baik

bukan robot
bukan utusan dari di atas
bukan sempurna
hanya hidupan yang normal

maaf jika tersalah
maaf jika di sakiti
hanya maaf
.
.

ria seketika

.
.
berseorangan di dinihari
memandang jauh kehidupan yang sudah di lalui
biarkan sahaja apa yang di sisi
hidup dalam khayalan sendiri

benarkah apa yang terjadi
bagaikan mimpi
walau hanya seketika ria hadir
cukup membuat hati gila

semua kembali seperti asal
hanya di temani unggas malam
diterangi malap bulan
yang tinggal hanya bayang kekosongan
.
.

r & r

kau nyalakan perasaan dan mengukir kemesraan
tetapi sudah ku duga ia hanya keindahan seketika

mengapa berjumpa di saat keresahan
adakah aku hanya persinggahan
untuk mengubati rindu

aku masih di sini
kehampaaan dan sendirian
namun aku tetap menanti mu

perasaan

.
.
perasaan tak boleh tipu
tapi perasaan tak boleh berkata-kata
hanya tersimpan di dalam
sepi terperuk sendiri

mulut boleh berkata-kata
tapi sukar untuk jujur
sukar untuk kata kan apa ada di dalam
akhir nya sakit

keberanian bukan semua ada
seganas mana seseorang
seberani mana seseorang
sekuat mana seseorang
pasti ada kelemahan

puas mendengar kata dari mulut
telinga sudah lali
hati sudah pandai berbohong

mudah untuk kau katakan
tak mudah untuk aku menerima

benar atau omong kosong?
seketika hati ini katakan ia benar
seketika ia kata tidak
hanya aku yang berperang dengan perasaan

sakit bila di permainkan
sakit bila di dustai
.
.

hilang kawalan

.
.
sukar bagiku menilai kamu
dalam mairis mu ada syurga
mestikah aku membenci kamu
peribadi mu ku percaya

sukar bagimu menilaikan ku
baris laguku ada makna
mestikah kamu mendustaiku
teman baik mu selamanya

putus asa
hilang kawalan nya
putus asa
apa kah puncanya
.
.

tanda tanya

.
.
apa yang aku rasa
adakah kau juga rasa?

apa yang aku impi
adakah kau juga impikan?

apa yang aku harap
adakah kau juga mengharap?

jika hanya aku yang rasa, impi, harap
tak mengapa
aku bahagia bila kau bahagia :)
.
.

hilang

.
.
ke mana hilang ria hati?
baru ku jumpa
namun hilang begitu sahaja

mungkin bukan terbaik
mungkin sudah ada ganti
mungkin sudah berpatah arah

ku ada untuk ia
ku hidup untuk ia
ku gembira untuk ia

gembira lah selama nya
.
.

manusia minimalis

.
.
hanya ucap
tiada makna
reda kan sepi
isi kekosongan sementara

tiada ucap
diam tanpa apa
ria hati yang baru
kekosongan telah di kambus

tinggal semua
.
.

alahai

.
.
bila si bahalul berkata

tiada makna
bagai kanak-kanak bertelingkah
kata-kata bodoh
pekak kan saja telinga

penat berkata
berhenti lah ia

carutan
makian
jerkahan
hanya dari mulut
otak tak tahu di mana

kasihan aku lihat
sedih dengan kewujudan kau
sesekali buat ku ketawa
melihat kata-kata bahalul kau
bagaikan manusia tiada akal

alahai si bahalul
penat buat aku tersengih dan ketawa
.
.